Pengajian Islam

Pengajian Islam

Buku Pengajian Islam  ini telah diterbitkan untuk para pelajar Politeknik Seluruh Malaysia Kandungannya menepati silibus mata pelajaran Pengajian Islam yang digariskan oleh Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Penulisan buku ini bukan sahaja untuk membantu para pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTS untuk menguasai mata pelajaran ini malah lebih daripada itu adalah untuk melahirkan warganegara khususnya siswazah Islam yang benar-benar faham tasawur Islam sebagai satu cara hidup yang bersepadu dan seimbang serta mampu menyelesaikan sebarang masalah dan cabaran. Buku ini mengandungi 4 bab merangkumi kesemua tema utama sukatan pelajaran, iaitu Islam sebagai Al-Din, Islam dan Asas Syariah. Institusi Islam serta Islam dan Cabaran Semasa.   Namun begitu, kandungannya dikemas kini dengan memasukkan isu-isu terkini bagi tajuk-tajuk yang berkaitan supaya relevan dengan perkembangan semasa. Walaupun kandungan buku Pengajian Islam ini disusun mengikut keperluan mata pelajaran Pengajian Islam di IPTS, namun buku ini juga sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar IPG, Politeknik, IPTA serta orang ramai yang ingin menambahkan serta mendalami pengetahuan mereka tentang tamadun Islam.